Sunday, November 25, 2007

Sejenis Perasaan: Part 2

Saya ada membaca blog seorang kawan perempuan. Dalam satu post, dia ada menceritakan tentang hubungan cintanya dgn seorg lelaki. Dia merasakan betapa perlunya berdating/couple dahulu sblm kawin supaya dpt mengenali hati budi lelaki yg bakal menjadi pasangan hidupnya itu.

Menurut apa yg ditulis, dia mengakui bhw berdating dan berdua-duan itu haram. Namun dia sanggup melanggar batasan itu kerana baginya adalah sangat2 penting utk mengenali perangai dan sifat teman lelakinya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Baginya itulah cara utk melihat adakah mereka serasi utk hidup bersama atau tdk. Malah ibunya juga seidea dgnnya dan merestui hubungan mereka berdua. Yang paling mengejutkan ialah ibunya juga menyatakan kesanggupan menanggung dosa perbuatan couple/dating anaknya itu semata2 utk memberi mereka peluang berkenalan dgn lebih mendalam. Saya kira inilah kesannya apb hati kita terikat kpd perkara lain lebih drp syariat Allah.

Saya juga pernah bersembang dgn teman lelakinya. Kebetulan teman lelakinya adalah antara kenalan rapat sy. Ternyata persepsi mereka terhadap perkara ini adalah sama. “Aku tak kesah org nk kata apa pun, aku tak kesah buat salah pun...asalkan aku dpt kenal calon isteri aku dgn baik”. Saya rasa pasti ramai yg berfikiran sama spt mereka.

Semua org ingin berpasangan. Ingin dekat dgn org yg dia cintai. Ingin keluar berdua-duaan, berpegang tangan, makan bersama, belajar bersama, duduk sebelah menyebelah, meluahkan perasaan cinta, selalu berhubung dan mcm2 lg. Itu adalah fitrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai.

Memang diakui perlunya utk mengenali hati budi pasangan kita sblm berkahwin. Sesiapa pun pasti tidak mahu mengambil risiko berkahwin dgn org yg tdk dikenali hati budinya. Maka sy tdk rasakan suatu perkara yg salah utk bercinta sblm kawin. Asalkan ia melalui proses dan cara yg betul, jgn melarat terlalu lama dan jgn melanggar batas2 agama.

Sebenarnya, ‘mengenali hati budi pasangan’ hanyalah suatu alasan yg direka semata-mata utk membenarkan perbuatan dating mereka. Selebihnya mereka hanya ingin memuaskan keinginan dan kehendak nafsu shj . Padahal banyak lagi cara lain yg boleh dilakukan jika ingin mengenali pasangan.

Bagi saya, perkara yg paling penting dlm percintaan ialah kejujuran dan kesetiaan. Tetapi dukacitanya dua perkara itu sangat sukar utk dilihat dan dinilai. Kita mungkin mempunyai dua ciri tersebut. Tetapi sampai bila pun kita tidak dapat mempastikan adakah pasangan kita juga memiliki dua ciri tersebut. Maka mahu tak mahu, kita terpaksa menambah satu lagi ciri penting dlm hubungan cinta; iaitu kepercayaan. Memberi dan meletakkan sepenuh kepercayaan kpd pasangan kita bahawa dia juga akan jujur dan setia sepertimana kita jujur dan setia terhadapnya.

Sememangnya kepercayaan itu sukar utk diberikan kpd org lain. Sebab itulah sesetengah pasangan merasakan perlunya utk berdating dan selalu berhubung. Kerana dari situ mereka menilai kesetiaan dan kejujuran pasangan mereka. Segala keprihatinan dan kasih sayang yg diterima akan membuatkan seseorang itu merasa dirinya lebih dihargai dan diperlukan. Itu adalah normal, terutama dipihak wanita yg pastinya selalu curiga akan komitmen pasangannya terhadap dirinya. Maka mereka sentiasa mahukan sesuatu sbg bukti cinta. Hadiah, ucapan kasih sayang, selalu menelefon, ber’sms’...itu semua adalah bentuk2 pembuktian cinta atau komitmen yg mana sangat diingini oleh wanita walaupun tdk disuarakan.

Jadi bagaimana cara sepatutnya utk meyakinkan pasangan kita bahawa kita ini jujur, setia dan committed dlm hubungan cinta ini?

Sesebuah hubungan cinta antara lelaki dan perempuan sepatutnya diasaskan dengan tujuan perkahwinan. Maka barulah hubungan yg dibina itu akan menjadi serius dan bukan sekadar utk berseronok-seronok shj. Menyatakan kesudian untuk/akan mengahwini seseorg adalah keputusan dan komitmen terbesar dlm sesebuah hubungan percintaan. Itulah nilai penghargaan seseorang terhadap diri pasangannya. Jika penghargaan dan komitmen yg terbesar itu sudah diluahkan, maka tdk perlu lg kpd komitmen-komitmen picisan yg lain.

Dating, selalu contact, lafaz kasih sayang etc adalah bentuk-bentuk penghargaan yg akan memberi impak negatif kpd diri org yg bercinta. Kerana dari situlah unsur-unsur lagha terbit, di situlah punca berlakunya fitnah, di situlah punca berlakunya zina dan di situlah platform syaitan menjalankan tugasnya.

Bagaimanakah yg dikatakan menjalinkan hubungan cinta tanpa berdating dan selalu contact itu?

Saya tdk ada jawapan yg tepat utk soalan itu. Namun, saya kira kesimpulan jawapan utk soalan itu ada di dalam lirik nasyid Kasih kekasih (In Team) dan Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC). Saya bukanlah peminat industri nasyeed. Tetapi sy juga suka mendengar lagu2 nasyeed tertentu, terutama yg membawa makna dan mesej yg baik. Walaupun kedua-dua lagu ini mampu utk membuatkan seseorg berkhayal, tetapi lirik lagunya tetap mempunyai makna dan pengajaran yg tersendiri. Mesej liriknya lebih kurang begini:

“Rasa kasih dan rindu semasa bercinta tdk sepatutnya diluahkan. Pasangan yg bercinta perlu memendam perasaannya di dlm hati dan memohon kpd Tuhan supaya menenangkan segala gelora dan keresahan jiwanya. Jika kepercayaan itu wujud dlm sesebuah hubungan cinta, sudah tentu masing2 akan sedia faham akan perasaan cinta dan rindu pasangannya terhadap dirinya; tanpa perlu utk mendengar luahan dari pasangannya sendiri. Yang perlu dibuat ialah terus bersabar menanti hadirnya hari pernikahan yg akan menghalalkan segala bentuk luahan, penghargaan, keprihatinan dan komitmen yg ingin ditunjukkan selama ini. Itulah bentuk ujian yg menguji kekuatan dan keteguhan iman bagi insan-insan yg berkasih”.

Masalahnya, bolehkah keyakinan terhadap diri pasangan dibina jika hanya bersandar kpd niat baiknya sahaja? Iaitu niat utk berkahwin.

Ya, pasti sukar utk melakukan sedemikian. Namun, itulah risiko percintaan yg perlu diambil oleh setiap org yg memasuki alam ini, termasuklah mereka-mereka yg berdating saban hari. Tiada jaminan sesebuah perhubungan itu akan kekal walaupun kerap berdua-duaan umpama belangkas. Inilah risiko yg terpaksa diambil dengan hanya bersandar kpd sebuah kepercayaan.

Apa-apa pun, ini semua bersangkut paut dengan iman dan kemahuan. Seseorg itu boleh mendengar berpuluh-puluh siri kuliah pengurusan cinta secara islam dan membaca bermacam-macam buku atau artikel tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tetapi pada akhirnya, ilmu dan kefahaman itu belum tentu dapat menundukkan hatinya drp terjebak secara salah ke alam percintaan yg penuh ranjau ini. Akur kpd batas pergaulan dalam hubungan cinta itu sangat bergantung kpd kekuatan iman dan mujahadah terhadap nafsu.

Wallahua’lam.

UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu

Kupendamkan perasaan ini,
Kurahsiakan rasa hati ini

Melindungkan kasih yang berputik,
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Ilahi,
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini,
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi,
Untukku menghadapi resahnya hati ini

Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu,
Di hati ini aku rindu padamu

Tulus sanubari menantikan hadirmu,
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu,
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman,
Insan yang berkasih


In Team - Kasih Kekasih

Tak perlu aku ragui,
Sucinya cinta yang kau beri

Kita saling kasih mengasihi,
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui,
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi,
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan,
Syariat tetap membataskan

Pelajari ilmu rumahtangga,
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau menyintaiku
Bersabarlah sayang,
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan,
Dengan ikatan pernikahan
Di sana kita bina,
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita,
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu,
Moga jodoh berpanjangan


Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata.

Monday, November 19, 2007

Kekuatan Iman

Kalau ada yg perasan, di sini antara org yg paling kerap melaungkan azan Subuh di masjid ialah seorg mualaf. Malah pada waktu solat yg lain pun tdk sedikit bilangan dia melaungkan syiar agama itu. Jika tdk azan pun, dia antara org yg kerap berjemaah di masjid. Saya kadang2 hairan, bagaimana seseorg yg belum genap setahun islamnya mempunyai kekuatan utk mengamalkan islam dgn sebaik itu.

Kalau di tempat sy, org yg bertanggungjawab menguruskan masjid ialah seorg yg tua, yg mana tdk keterlaluan utk sy katakan usianya sudah hampir dgn kematian. Dialah yg dtg awal ke masjid memasang kaset bacaan al-quran, dia yg mnjadi bilal dan dia jugalah antara yg kerap menjadi imam solat. Sekali lg sy hairan, bagaimana org yg spt ini mampu bangun setiap pagi yg dingin utk melaungkan azan, mengejutkankan org lain yg masih lena.

Namun solat jumaat tdk dilakukan di masjid itu. Masjid yg ditunaikan solat jumaat adalah lbh besar dan cantik, walaupun designnya kurang sempurna. Mungkin kerana arkitek dan engineernya tdk begitu prihatin terhadap perkara ini. Masjid ini terletak di tempat yg agak tinggi. Kalau tak silap, perlu menaiki tdk kurang dari 25 anak tangga utk sampai ke ruang solat. Jenis tile yg digunakan juga agak licin, terutama semasa hujan. Tapi bukan pasal masjid ni yg sy nk kisahkan sebenarnya.

Pernah suatu masa, ketika dlm perjalanan pulang dari kedai, sy singgah di masjid tersebut kerana kebetulan azan asar sedang dilaungkan. Ketika sy sedang menaiki tangga masjid, sy dapati ada seorg lelaki tua yg sedang bersusah payah memanjat tangga itu. Dia tdk perasan kehadiran sy di situ. Apb mendekati belakangnya, saya semacam terkaku seketika, terbantut niat sy utk membantunya menaiki tangga. Dia seorg yg sgt tua, menggunakan tongkat yg spt kerusi (berkaki empat), begitu bersusah payah sekali utk sampai ke ruang solat. Sehingga sy dpt mendengar suaranya yg memberi motivasi kpd dirinya sendiri; “Sikit lagi, sikit lagi”. Fikiran sy antara sedar dan tdk, melayang memikirkan betapa jauhnya perbezaan iman antara kami. Benarlah sebagaimana yg dimaksudkan oleh Izzudin Abdul Salam bhw kadar pahala tdk diukur atas banyaknya ibadat, tetapi ia diukur atas kadar susah melaksanakannya.

Ini jelas menunjukkan bhw amal soleh itu tdk bergantung kpd kekuatan jasmani, tetapi ia bergantung kpd kekuatan iman. Hanya iman yg kuat mampu menjana amal yg berkualiti. Sebab itu seorg yg kuat fizikal dan aktif bersukan belum tentu mampu menekuni ibadah ritual dgn baik. Walhal solat hanya terdiri drp beberapa pergerakan ringan dan ringkas shj. Kita pelik apb melihat ramai yg berusaha menjaga kesihatan diri, tetapi mereka malas dan langsung tdk ada inisiatif utk menjaga kesihatan hati dan iman. Ibadat pun dilakukan sekadar utk melepaskan tanggungjawab shj. Hasilnya, yg memenuhi masjid2 adalah terdiri drp golongan tua shj. Golongan muda pula lbh ramai yg memenuhkan padang bola berbanding ruang solat masjid.

Jika ditanya mana yg lbh penting, pasti semua menjawab kesihatan iman lbh penting, tetapi keutamaaan tetap diberi kpd penjagaan fizikal dan kecantikan. Sebab kita hari ini lebih risau tentang apa yg org lain nilai terhadap diri kita melebihi apa yg Allah nilai. Sebagaimana jasad memerlukan latihan dan senaman supaya sihat, maka lebih-lebih lagilah hati kita ini memerlukan latihan kerohanian yg terdiri drp pelbagai ibadat sunat. Kekuatan iman inilah yg kita guna utk mempertahankan diri drp godaan syaitan. Kerana musuh yg satu ini tdk dpt dilihat dan lantas tdk dpt ditentang mggunakan kekuatan fizikal.

Iman itu juga bukan sekadar pengakuan, tetapi ia mestilah diterjemahkan dlm bentuk amal soleh. Banyak bercakap ttg akidah, ibadat, halal dan haram tdk berguna jika tdk disusuli dgn pengamalan terhadap apa yg diucapkan. Iman juga tdk pernah sunyi drp ujian. Ujian dan musibah yg melanda adalah salah satu bentuk pembuktian iman. Berjaya atau gagal bergantung kpd sejauh mana kuatnya mujahadah kita. Kerana ujian ini selalunya selari dgn kehendak nafsu, yg mana nafsu itu kuat mempengaruhi hati dan fikiran kita. Maka jgn senang2 mengeluh, “Kenapa la aku ni malas nk beribadat, kenapa la aku ni byk buat maksiat, kenapa la aku ni solat tak khusyuk”. Kerana yg dikatakan iman itu bukanlah sesuatu yg senang dikecap, tetapi ia memerlukan kita melawan nafsu dan memaksa diri menelusuri suatu jalan yg penuh dengan halangan dan rintangan. Itulah kesusahan yg perlu ditempuhi utk sampai ke dlm daerah iman.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?” (al-Ankabut:2).

Kita kerap melihat cermin utk menilik rupa paras dan fizikal kita. Tetapi kita kurang melihat Quran utk menilik hati dan iman kita. Apakah benar2 telah terpantul ajaran al-kitab itu pada perlakuan dan perangai kita?

Sunday, November 18, 2007

Sikap Pembersih

Selama sy di sini, sy memperhatikan bhw ramai org yg mengambil remeh ttg kebersihan diri dan tempat tinggal. Ditambah lg dengan kesibukan aktiviti harian yg menyebabkan kita tdk punya byk masa utk melakukan kerja2 membersih dan mengemas. Namun sy tdk rasakan kekurangan masa adalah alasan yg baik, kerana faktor utama ialah sikap dan perangai kita sendiri.

Kalau di hostel lelaki, tak ramai yg rajin menyapu dan membersihkan bilik. Malah sukar utk menemui sebatang penyapu pun dlm sesetangah rumah yg mana mempunyai seramai 12 org ahli itu. Bilik penuh dgn habuk dan tak kurang yg penuh dgn sawang pd bhgn syiling. Mgkin mereka cuma mgharapkan makcik cleaner membersihkannya setiap kali cuti semester shj. Kalau dijenguk ke dlm loker2 mereka, jarang sgt yg melipat dan menyusun pakaian dgn kemas. Malah ada sesetengah yg suka melonggokkan shj pakaiannya di dlm loker.

Iklim di Malaysia menyebabkan badan kita mudah berpeluh apb melakukan aktiviti, terutama pd siang hari. Maka, cubalah elakkan memakai baju yg sama tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Sesetengah org sekadar menjemur baju yg sudah dipakainya sehingga kering, kemudian memakainya semula pd esok harinya bersama dengan semburan perfume. Padahal bakteria2 peluh masih lg melekat pd baju tersebut. Ada juga yg gemar mengumpul dan membasuh pakaian seminggu skali shj. Selagi tak genap seminggu, selagi itu la dipakainya baju yg telah sedia dipakai. Tuala mandi pun jarang2 dibasuh, sedangkan tuala itulah yg paling kerap digunakan utk mengelap badan. Maka sepatutnya tuala itulah yg paling dijaga kebersihannya.

Ramai juga yg langsung tdk memasang cadar pada tilam. Sudah la tdk bercadar, tidur pula tdk berbaju. Kadang2 tu dengan selamba shj mereka boleh berbaring di atas lantai. Sebab itu sesetangah org mempunyai byk jerawat dan bintik2 pd bhgn belakang badannya. Kerana dia sendiri tdk menjaga kebersihan dan kesihatan kulitnya. Malah ada org yg lgsg tdk peduli ttg panau yg ada di badan. Ada juga yg bhgn blakangnya semacam ditumbuhi yis (ntah la apa nama yg tepat utk penyakit kulit tersebut). Kita suruh pergi ke klinik ambil ubat sapu pun tdk diendahkannya. Siapa lg yg nk diharapkan menjaga kesihatan kulit kita kalau bkn tuan punya body tu sndiri. Mgkin sebab masalah kulit itu berada di bhgn blakang badan. Kalaulah berada di bhgn depan badan dan dpt dilihat dgn jelas oleh mata kepala mereka sndiri, tentu mereka akan lbh menjaga kesihatan kulit mereka. Kadang2 ada betulnya juga kata sesetengah org yg lelaki tu pengotor. Nak marah pun tak boleh.

Benar agama kita menganjurkan dan menggalakkan kita menjaga kebersihan; dalam dan luaran. Tetapi sy kira perkara kebersihan ini jika tdk dikaitkan dgn agama pun tak mengapa. Sebab suka kpd kebersihan ini adalah fitrah semulajadi dlm diri setiap insan, yg mana sebenarnya tdk perlu diajar pun. Namun masih ramai yg gagal memenuhi tuntutan fitrah ini.

Saya kira antara cerita yg paling berjaya membawa mesej kebersihan diri dan tempat tinggal ialah siri cerita Full House. Walaupun kisah percintaan yg dilakonkan itu seperti tdk berpijak di alam nyata, tetapi jalan ceritanya penuh dengan kelucuan dan keriangan melakukan aktiviti2 membersih dan mengemas rumah. Malah cerita tersebut juga berjaya menjadikan aktiviti memberus gigi sebagai suatu amalan rutin yg sangat menyeronokkan.

Sikap malas dan endah tak endah menyebabkan kita gagal menerapkan unsur2 bersih dan kemas dlm hidup kita. Kalau di hostel, sy sendiri mengambil masa hampir sebulan menyusun selipar/kasut ahli2 rumah supaya kelihatan teratur. Setiap hari dlm 2,3 kali sy menyusun selipar2 yg berterabur, sehinggalah sy dapati selipar dan kasut mereka mula tersusun dgn sendirinya. Nampaknya mereka sudah ada habit menyusun selipar/kasut mereka sendiri dan tdk ada lg yg sekadar mencampakkannya ikut suka shj.

Salah satu kegilaan sy di kampus ialah mengambil daun pokok pandan utk dijadikan pewangi loker. Di kampus ini tak byk kawasan yg ditanam dgn pandan wangi. Kebanyakan pandan yg ditanam di area hostel bukan jenis yg wangi. Tapi better sy rahsiakan tempatnya. Nanti ramai pula yg mencantas daun pandan itu. Nak cantas pun ada cara, kalau tak habis rosak pokok tu. Sy dapati pokok pandan ni cepat tumbuh, sebab tu sy selalu ambil daunnya utk dibuat pewangi loker. Barulah loker jadi sentiasa segar dan wangi. Sy antara org yg cerewet tentang perfume. Sy suka perfume yg mempunyai bau yg lembut shj. Sebab itu sy lebih suka wangi-wangian semulajadi berbanding dgn perfume yg dihasilkan drp tindak balas kimia. Tindak balas kimia itu la yg mnyebabkan sesetengah bau perfume boleh memeningkan kepala, malah baunya juga cepat berubah.

Menjaga kebersihan diri dan persekitaran bukanlah suatu kerja yg berat dan sukar dilakukan. Ia cuma memerlukan sedikit perubahan pada sikap supaya kita sentiasa suka berada dlm keadaan bersih dan selesa. Kadang2 kita pelik apb melihat seseorg itu boleh menjaga kebersihan kereta dan motosikalnya lebih drp dia menjaga kebersihan pakaian dan tempat tidurnya.

Friday, November 16, 2007

Cermin Diri

Memang mudah mengucapkan sesuatu yg kita lihat atau dgr. Apatah lg jika perkara itu sesuatu yg kurang baik atau tdk elok. Sekejap shj tersebar dan meniti di bibir mulut kita. Itulah nafsu, tdk pernah gagal mengheret lidah kita memperkatakan ttg perkara2 yg kurang elok. Seolah2 telah menjadi sebati dlm diri kita ini utk bercakap atau berfikir sesuatu yg negatif, terutamanya mengenai org lain. Lebih2 lg dlm keadaan skrg ini terlalu mudah menyaksikan org bermaksiat di mana2 shj.

Suatu perkara yg selalu kita lupa apb memperkatakan ttg org lain ialah diri kita sndiri. Kita sentiasa meletakkan diri kita pada blind spot apb melihat kesalahan org lain. Jahat, buruk, salah...semuanya adalah label kpd org lain. Kita kurang muhasabah diri kita. Yang sbenarnya kita ini tdklah lbh baik drp mereka2 itu. Alhamdulillah, Allah menutup segala aib dan keburukan kita sehingga tampak mulia kita di depan org ramai. Walhal dosa dan kejelekan kita hanya Allah yg tahu.

Benar, yg berbuat jahat mmg kita kata salah. Wajib utk kita menegur kesalahan mereka atau sekurang2nya mghindar drp kejahatan itu. Tapi tak ramai yg punya keberanian spt itu. Ramai yg hanya mampu bercakap atau mgkritik dari belakang. Kita tak persalahkan org2 yg mgkritik kesalahan dan maksiat yg berleluasa. Bagus jika kritikan tersebut bernas dan bersandar pada maklumat yg tepat. Apatah lg jika tindakan sedemikian terbit dari hati yg luhur utk menegur dan membuat perubahan ke arah yg lbh baik.

Sebenarnya haram utk kita memperkatakan ttg aib org lain. Lebih2 lg jika mengatakannya sekadar utk tujuan suka2 tanpa ada tindakan susulan. Namun kita dibenarkan utk menyebut kesalahan org lain jika ia boleh memberi manfaat dan pengajaran yg besar kpd org ramai. Cuma hendaklah kita cuba sedaya upaya agar tdk menjatuhkan maruah dan air muka mereka.

Namun agak mengecewakan apb hanya segelintir shj drp ramai yg menegur itu punya kesedaran utk mendoakan kebaikan kpd org2 yg berbuat maksiat. Tanyalah pd diri sndiri, berapa byk org yg pernah kita kritik? Dan berapa byk pula org yg pernah kita sebut namanya dlm doa kita? Kadang2 kita merasakan diri kita ini lbh baik drp org lain. Tapi kita lbh byk mencela drp mendoakan mereka mendapat hidayah. Kita sepatutnya bersyukur kerana dipilih utk mendapat kesedaran dan ilmu yg benar sehingga mampu utk mengawal diri supaya teguh di atas jln yg benar. Dan sepatutnya kita berdoa supaya org lain mempunyai kesedaran yg sama spt kita. Jadikanlah diri kita ini seorg yg apb melihat kesalahan org lain, perkara pertama yg hadir ialah doa dan harapan yg baik. Kemudian barulah disusuli dgn kritikan2 yg bermanfaat.

Kita juga hendaklah sedar bhw mgkritik semata2 tdk byk menyumbang kpd perubahan. Kritikan boleh memberi kesedaran, tetapi kurang mampu utk memberi keinginan. Sebab itu kita tdk boleh meremehkan fungsi doa dlm proses membetulkan yg salah. Hati ini sentiasa berbolak balik. Maka kpd penciptanya jualah sepatutnya kita meminta supaya hati lbh mampu utk bertenang.

Perlu ditanam di dlm hati bhw kita ini sbenarnya tdklah lbh baik drp org lain. Zahirnya mgkin kita tampak lbh baik. Tapi kita sndiri tdk tahu di mana hujung pangkal keadaan kita di akhirat nanti. Mgkin nasib mereka yg kita anggap jahat itu lbh baik drp nasib kita di akhirat nanti. Kita lbh kenal diri kita. Kita tahu ttg keburukan dan kejahatan yg ada dlm diri kita lbh drp kita tahu ttg kejahatan org lain. Janganlah sekadar menilai seseorg melalui zahir yg terlihat pd perbuatannya. Cubalah melihat jauh ke dlm kehidupannya. Di situ ada sesuatu yg mgheretnya jauh dari jln kebenaran. Dan seorang mukmin itu sepatutnya kuat menghisab dirinya lbh drp dia menghisab diri org lain. Sblm kita fikir nasib org lain di akhirat, fikirkanlah dahulu nasib diri kita di sana nanti.

Takkan sama dosa org berilmu yg bermaksiat dengan dosa org jahil yg bermaksiat.

Keterikatan

Jamaah Islam

Semua org pasti dpt menerima bhw kerja scr kolektif itu lbh baik drp bekerja scr sendirian. Jika dlm hal2 keduniaan pun kita menekankan ttg kepentingan 'teamwork', sudah tentu kerja2 yg bersangkut paut dgn agama dan hari akhirat lbh menuntut kerjasama scr berkumpulan. Persamaan dan kesatuan dari sudut pemikiran sudah tentu akan lbh memudahkan pelaksanaan gerak kerja yg dirancang. Sb itulah dimana2 tmpat kita akan lihat wujudnya persatuan atau jamaah islam. Misinya ialah utk memartabatkan islam di tempat jamaah itu ditubuhkan. Jasa dan sumbangan mereka dlm pembangunan islam dan persekitaran yg sihat tdk dpt dinafikan walaupun ramai yg bersikap prejudis terhadap org yg berlabel dgn nama persatuan islam.

Namun saya pelik bilamana ada org yg seolah2 menganggap individu2 yg mgkritik jamaah menolak jamaah. Jgn terburu2. Mengkritik kesalahan tertentu bukan bermakna menolak secara total. Jamaah islam bknnya sebuah institusi kebal yg bebas dan berkecuali drp kelemahan dan kesalahan. Mengkritik bukannya menghentam. Teguran bknnya ancaman. Perkara sebegini tdk terjadi melainkn yg ditegur membaca kritikan itu dgn sentimen perasaan tanpa mahu melihat kpd masalah dan isu yg dibawa.

Sy sendiri mgkritik beberapa perkara yg sy tdk bersetuju. Tetapi tdklah bermaksud sy menolak konsep berjemaah. Siapa pula yg bodoh utk menolak kenyataan bhw berkumpulan itu lbh kuat drp berseorangan? Cumanya kita tak dpt nk terima apb timbulnya perbandingan antara jemaah dgn jemaah yg lain. Seolah2 mganggap satu jemaah shj yg betul dan selainnya tdk syarie. Alasannya ialah jemaah kami yg bertapak dahulu. Pertama skali kita hendaklah faham bhw jemaah islam bknnya agama islam; yg mana mesti wujud satu agama islam shj. Maka tdk boleh kita kata hanya satu jemaah islam shj yg mesti diwujudkan di satu2 tmpat sptmana hanya satu shj agama islam yg diterima. Jamaah islam hanyalah satu wasilah dakwah, maka timbulnya byk jemaah hanya akan membuka lbh byk peluang dan ruang dakwah utk dimanfaatkan. Berbilang jemaah dari sudut cara dan pelaksanaan dibolehkan asal sj tdk berbilang dari sudut perpecahan.

Kemudian kita hendaklah tahu bhw jamaah2 Islam hari ini juga bukanlah jamaah yang dimaksudkan oleh hadis sahih yang menyebut ttg "jamaah kaum muslimin" yg mana jika keluar dari jamaah berkenaan maka dihukumkan sebagai terkeluar dari agama. Kita amat sedih apabila ada lidah2 yg masih mengucapkan "sesiapa yg keluar atau lari dari jemaah ini, maka dia mati dlm jahiliah". Inilah kesannya jika terlampau ingin menuntut ketaatan dan kesetiaan sehingga sanggup mggunakan apa shj hadis yg berkaitan dgn jemaah tanpa mahu melihat maksudnya yg sebenar.

Bai'ah yg dibuat oleh jamaah2 islam pula tdklah sampai kpd makam Bai'ah Kubra, kerana skrg tdk ada daulah dan khalifah islam. Bai’ah skrg adalah suatu bentuk akujanji shj yg mana tdk sampai kpd memberi ketaatan yg berlebihan kpd pimpinan. Malah kita sbg pelajar juga terikat dgn akujanji dgn pihak universiti.

Asas dakwah

Apb sy memperkatakan ttg dakwah fardiah, bknlah bermakna sy memperkecilkan dakwah scr berjemaah. Cuma kita nk kena sedar bhw dakwah ini perlu lahir dr kefahaman dan bknnya sekadar ikut2. Jika seseorg itu ada kesedaran utk berdakwah scr fardiah maka sudah tentu dia tdk akan menolak apb diajak berdakwah scr berjemaah. Namun belum tentu seseorg yg aktif berjemaah akan terus berdakwah apb berjauhan drp rakan2 seperjuangannya. Itulah kepentingan dakwah fardiah yg mnjdi asas kpd dakwah scr kolektif. Pendakwah mesti berfikrah dgn fikrah islam yg tulen, dan bknnya dgn fikrah jemaah. Mgkin sb itulah Hassan albana pernah mengingatkan para ikhwanul muslimin bhw gerakan mereka bkn sebuah badan kebajikan, gerakan mereka bukanlah sebuah parti politik dan gerakan mereka bkn juga gerakan spt gerakan yg selainnya, ttp gerakan mereka ialah gerakan fikrah dan dakwah. Kerana dakwah islam itu hanya akan berlangsung di atas jln fikrah dan kefahaman yg benar shj.

Keterikatan

Tdk kurang juga yg mempertikaikan apb dibawa isu2 kecil dan sampingan spt membaca surah an-nas dan usolli sblm solat, solat hajat berjemaah, isu wuduk dan lain2. Beginilah, sy sendiri tdklah mengulas panjang ttg isu2 yg disebut secara spesifik, tetapi sy lbh membawa kpd perspektif yg lain. Sb kita tahu panjang mana pun hujah yg diberi, akhirnya kbanyakan kita akan buat kesimpulan, “Ini perkara khilaf, pilih mana2 pendapat pun xpe”.

Sememangnya dari segi furuknya nmpak kecil perbuatan spt membaca surah annas, usolli dan wuduk itu, ttp pada usulnya ia suatu perkara yg besar. Ini ada sangkut paut dgn akidah.

Bekas ketua majlis fatwa arab saudi, As-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ra berkata: "Sesiapa yg beriqtikad adanya petunjuk lain yg lbh baik drp petunjuk nabi saw, sesungguhnya dia menjadi kafir".

Perkara usul inilah yg cuba nk diketengahkan ke dlm minda pembaca, perkara furuk yg disentuh itu tdk lbh melainkan hanya sbg contoh utk memudahkan pemahaman dan penerangan shj.

Tetapi begitulah lumrahnya manusia. Keterikatan kita kpd seseorg, persatuan atau sesuatu akan menyebabkan kita gagal mengangkat quran dan sunnah pd tingkatan yg tertinggi dlm kehidupan kita, sehingga kadang2 tanpa sedar kita menolak kebenaran yg dtg kpd kita.

Umpama seorg yg sedang asyik bercinta. Keterikatan hatinya kpd si kekasih akan membutakan mata hatinya terhadap halal haram yg dia sedia maklum. Keterikatan hati kpd wang ringgit akan membenarkan amalan rasuah dlm kehidupan seseorg. Keterikatan kpd persatuan akan menyebabkan seseorg menutup mata terhadap kesalahan yg berlaku. Keterikatan kpd ustaz atau guru menyebabkan seseorg tdk dpt melihat salah pd gurunya itu melainkan semuanya betul belaka. Keterikatan yg spt inilah menyekat hati dan akal manusia drp menerima kebenaran serta mghalang kita melihat sesuatu pada nilaian yg adil. Sehinggalah kita mampu mengikat hati kita terhadap al-quran dan sunnah dgn simpulan yg lbh kuat berbanding simpulan2 selainnya.