Sunday, July 22, 2007

Sejenis Perasaan

“Eh, lawa la awek tu”.

“Yg tu lg cantik. Aku selalu usya dia tu”.

Itu adalah cebisan dialog yg yg di ucapkan dlm satu perbualan. Sy terkesima mendengarnya.

“Adakah dia cintakan isterinya?. Apakah perasaan isterinya jika dia tahu perangai sebenar suaminya?. Adakah dia akan berkelakuan yg sama di depan isterinya?”.

Sy bukannya berminat sgt nk ambil tahu ttg hal rumah tangga org lain. Tapi sy cuba melihat masalah ini scr umum. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Sy kira sesuatu perkahwinan, jika dibina dgn tujuan yg positif, kebanyakannya bertujuan untuk menundukkan pandangan, mengelakkan terjebak dlm perhubungan yg berdosa, dan menyalurkan nafsu ke jln yg halal. Itu mungkin adalah asas-asas umum kenapa dibina sesebuah perkahwinan. Sangat bermasalah jika perkahwinan yg dibina atas dasar cinta sama cinta itu tdk mencapai matlamat spt yg diharapkan pd awal2 ikatan dijalinkan.

Jika ditanya, kbanyakannya akan kata mereka cintakan isteri mereka...tetapi malangnya percintaan itu tdk dpt menenangkan nafsunya dan tdk dpt menundukan pandangannya hanya kpd yg halal. Rasa cinta itu tdk cukup kuat utk sekurang2nya melahirkan perasaan bersalah terhadap isterinya apb ‘memandang’ perempuan lain.

Sy kira begitulah yg akan terjadi jika perempuan dikahwini atas sebab kecantikan semata. Si lelaki akan tetap memandang perempuan lain yg dirasakanya lebih cantik drp isterinya atau sebab sudah jemu dgn apa yg dimiliki oleh si isteri.

Apb seseorg lelaki memilih pasangan hidup yg tdk menutup aurat sepenuhnya (dedah body, dedah rambut), maka besar kemungkinan pemilihannya itu adalah kerana tertarik dgn kecantikan luaran yg dipamerkan; bkn sebab kecantikan dalaman. Sebab itu lelaki sedemikian masih melihat (baca:usya) perempuan lain wlaupun dh punya isteri. Jika disebabkan kecantikan tubuh badan dia tertarik kpd kamu, maka tdk mustahil dgn sebab yg sama juga dia akan tertarik kpd perempuan yg lain.

Berbeza dgn seseorg yg lebih melihat kpd kecantikan dalaman. Cinta berdasarkan tarikan sebegini sukar digugat kerana utk mengenal keluhuran hati budi seseorg wanita yg lain memerlukan satu proses perkenalan yg rapat dan memakan masa berbanding dgn tarikan kpd kecantikan fizikal yg cukup hanya dgn sekilas pandangan shj. Maka dgn satu pandangan shj sudah cukup utk mggugat kedudukan si isteri dlm hati si suami. Keutuhan cinta suami kpd isteri yg hanya berlandaskan nafsu sgt rapuh dan mudah dirobohkan.

Sy hairan apb ada isteri yg terlalu ‘sporting’ sehingga apb nampak wanita lain yg cantik, dia akan cakap kat suaminya, “Tgk tu bang, awek cun tu”. Realiti ini sgt sukar utk ditelan. Sepatutnya seorg isteri berusaha menjaga iman suaminya. Apb ada benda yg tdk elok dilihat, maka si isteri itu sepatutnya memalingkan pandangan suaminya, bukannya menggalakkan. Mungkin perkara itu hanya dianggap gurauan bg si isteri td dgn anggapan tdk mgkin suaminya akan jatuh cinta kpd perempuan yg dilihat di tepi2 jln. Mungkin dia tdk akan jatuh cinta dgn instant, tapi perasaan suka itu telah wujud dlm dirinya.

Oleh itu, jika seorg wanita dipilih oleh lelaki krn kbaikan sifat, akhlak dan perilaku serta kesempurnaan tutup auratnya, iA si lelaki itu tdk mudah tergugat cintanya, sebab nilaian lelaki itu bkn pd kecantikan, tetapi pd kebaikan dan keluhuran hati budi. Maka risiko si suami terpaut kpd yg lain agak kurang. Tetapi bg wanita yg merasakan lelaki menyukainya disebabkan kecantikan semata, maka dia mmg patut risau. Kecantikan tubuh badan sgt hebat dipromosikan oleh kamu hawa pd zaman skrg. Semua org tdk mahu kalah dlm mengiklankan kecantikan dan keseksian tubuh badan. Jgn sampai iklan kecantikan mereka mengatasi iklan kecantikan kamu pula. Nanti kamu yg merana.

Sememangnya tdk ada org yg memilih pasangan hidup atas dasar kecantikan shj. Sudah tentu kita akan memilih seseorg yg berada dlm kategori baik, walaupun diri kita sendiri kurang baik. Itu sudah lumrah. Seorg artis pun akan meletakkan ‘beriman/soleh’ sbg salah satu kriteria wajib apb ditanya ttg sifat calon pasangan idamannya. Kita biasanya akan memilih berdasarkan pakej. Cantik dan baik adalah satu pakej yg menjadi pilihan. Maka seorg perempuan harus tahu bhw apb seorg lelaki menghampiri dirinya, itu bermakna si dia tertarik dgn pakej (baik+cantik) yg kamu miliki. Cumanya kamu perlu waspada, apakah sebab utama dia tertarik kpd kamu? Antara sebab baik dan sebab cantik, salah satu drpnya sudah tentu mempunyai kuasa tarikan yg lbh. Jika si lelaki itu meletakkan keutamaan pd sebab cantik, maka dgn sebab yg sama juga dia akan tertarik kpd perempuan lain. Maka tdk heran jika terjadinya dialog2 spt yg disebut di awal2 td.

Sy definisikan ‘baik’ di sini bkn shj baik dr segi perlakuan tetapi juga dr segi hubungan dan ketaatan kpd Tuhan (iA sy akan tulis mengenai perkara ini di lain masa). Ketaatan kpd Tuhan akan memberikan berkat dan rahmat kpd institusi keluarga, seterusnya menjadi antara sebab/faktor kebahagian. Perkahwinan yg tdk dibina atas dasar agama mudah mengalami tsunami. Kita mungkin biasa dgr ungkapan ‘bagai pinang dibelah dua’ atau ‘merpati dua sejoli’. Tetapi pd hakikatnya jarang ada pasangan yg berlainan jantina, yg berbeza cara hidup dan didikan, yg berlainan hobi dan minat mampu serasi dan bertolak ansur dlm semua keadaan dan masa. Pasti akan timbul perbalahan atas sebab ketidakserasian. Sebab itu agama dtg utk menyatukan dua insan ini supaya walau macam mana pun perbezaan dan ketidakserasian antara mereka, mereka tetap akan kembali bersatu dlm perkara akidah dan ibadat.

Ada org cakap kalau isteri tu jenis yg tak tutup aurat, maknanya dia melanggar arahan Tuhan. Kalau arahan Tuhan pun berani dilanggar, maka tak mustahil dia berani ingkar arahan suami. Terlalu berat tuduhan tersebut. Kurang tepat utk kita kaitkan satu kesalahan dgn kesalahan yg lain tanpa ada sebab yg kuat utk mghubungkannya. Lagipun cinta dan patuh kpd Tuhan tdk sama dimensinya dgn cinta dan patuh kpd suami. Ia dua perkara yg sgt berbeza.

Kadang2 kita (yg belum kahwin) sedar ttg beberapa keburukan perangai yg ada pd pasangan kita. Tetapi kita cenderung utk menutup sebelah mata drp melihat keburukannya itu, dgn harapan pasangan kita itu akan berubah apb dah berkahwin nanti. Sebenarnya kita (terutamanya wanita) telah mengambil satu risiko besar jika mengharapkan pasangan kita berubah hanya setelah berkahwin. Jika dia tdk berubah juga bagaimana? Sanggupkah menerima segala keburukan perangainya itu? Oleh itu, pastikan dia berubah terlebih dahulu sblm kamu bersetuju utk sehidup semati dgnnya.

Maka hendaklah dipastikan siapakah pasangan anda itu. Adakah dia mengambil berat ttg kewajipan agama? Yg mana dia boleh diharapkan utk membimbing anda menjadi insan yg baik. Adakah dia seorg perokok? Yg mana akan membawa punca penyakit kpd anda dan anak2 anda, atau anda akan hidup bersendirian tanpa suami apb tua nanti kerana dia mati awal, atau anda terpaksa membiasakan diri mencium mulutnya yg berbau rokok itu. Sebab cinta mungkin tdk mengapa.

Bagi pihak lelaki pula, cuba tgk siapa bakal isteri anda. Mgkin dia seorg yg seksi dan suka mendedahkan tubuh badan yg mana dia sentiasa menjadi tontonan dan perbualan hangat dikalangan lelaki lain. Dan adakah dia mengambil berat ttg solat yg mana nanti senang utk kamu mengajaknya berjemaah bersama dan memastikan dia mencium tgn kamu setiap kali slpas solat. Kekadang benda2 yg nmpak remeh inilah yg menjadi sebab kesetiaan dan keutuhan hubungan suami isteri.

Sekali lg ditekankan, yg perlu lbh berhati2 adalah wanita. Sebab had masa dia memilih pasangan hanya sehingga berlangsungnya akad nikah shj. Apb telah kahwin, maka sudah tdk ada guna utk menyesal lg. Dia terpaksa menyerah dirinya kpd suaminya dan menerima segala keburukan perangai suaminya. Berbeza dgn si suami. Had masa memilih tdk terhad pd hari pernikahan shj. Lelaki mpunyai kuasa cerai. Kalau tak suka dia boleh ceraikan shj isterinya atau pasang saja satu lg. Jadi peluang utk merana itu lbh kpd pihak perempuan. Fikirlah masak2 sblm menerima seseorg utk menjadi penghuni tetap dlm hati kamu.

Sememangnya bilangan perempuan makin ramai, terutamanya di ipt. Mungkin disebabkan bilangan mereka yg mengalahkan bilangan lelaki inilah yg menyebabkan mereka risau sukar utk bertemu jodoh. Maka mereka cenderung utk berpakaian seksi dan berlumba2 mempertontonkan kecantikan kpd kaum lelaki. Kalau tak kerana terpengaruh dgn fesyen semasa, mungkin itulah sebab utamanya. Pun begitu sy harap sy tersilap dlm hal ini.

Tdk dinafikan kecantikan memainkan peranan besar dlm pemilihan pasangan bg seorg lelaki. Kecantikan mungkin menjadi perkara pertama dlm proses memilih, TETAPI ia tdk menjadi perkara utama. Yg utama diambil kira oleh kebanyakan lelaki ialah kebaikan. Seorg lelaki sama sekali tdk akan menerima wanita yg jahat dlm hidupnya walau secantik manapun wanita tersebut. Tetapi lelaki mungkin sanggup menerima wanita yg serba kurang tetapi baik hati budi dan perilakunya. Baru2 ini ada berita dlm akhbar ttg seorg lelaki di Dungun, Terengganu yg sanggup memperisterikan tunangnya yg telah dipotong kaki kiri disebabkan kemalangan jln raya. Ternyata kekurangan dari aspek kecantikan dan fizikal tdk dpt mengalahkan perasaan cinta yg terbit drp hati budi yg luhur. Kalau fikir secara logik, siapa pula yg bodoh utk memperisterikan wanita yg cacat dlm keadaan ramai lg wanita yg sempurna. Tetapi realitinya sgt berbeza. Apb diri dh serasi, hati dah tenteram, maka kecantikan itu menjadi subjektif.

Mungkin golongan wanita skrg patut berusaha utk memperbaiki kecantikan dalaman lebih drp usaha mereka menonjolkan kecantikan luaran. Simpan sajalah kecantikan tubuh badan anda itu utk suami anda nanti. Siapa pernah tonton cerita hindustan:Paheli, lakonan Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee. Dalam satu scene ketika Shah Rukh Khan sedang berdua-duaan bersama isterinya (Rani Mukherjee), tiba2 dtg dua org lelaki mghampiri mereka utk menyampaikan pesanan. Pada masa itu, Rani Mukherjee dgn segera menarik selendang dibahunya utk menutup kecantikan wajahnya drp ditatap oleh org asing. Sy terkesima melihat situasi sebegitu dlm filem Hindustan yg tdk berlatar belakangkan agama Islam. Ternyata perbuatan sebegitu kelihatan sgt cantik dan sopan sekali. Seolah2 pengarahnya ingin menegaskan bhw kecantikan isteri hanyalah hak milik suami shj utk ditatap dan dihayati.

Ok, takat tu dulu. bye...

p/s: Kalau nk diharapkan pd kecantikan, selama mana kita mampu mengekalkannya. Jika harapkan pd kebaikan, sudah tentu kita mampu manjadi yg lbh baik.

17 comments:

Anonymous said...

last friday, i watched al-kuliyyah..a ceramah given by ustazah baiyah (dont know how to spell).based on percentage voted; >70% told that their partners actually had 'curang' to them..

NuRizZ said...

salam saudara penulis.

"Lagipun cinta dan patuh kpd Tuhan tdk sama dimensinya dgn cinta dan patuh kpd suami. Ia dua perkara yg sgt berbeza"

boleh saudara terangkan kerana saya berasakan ianya ada kaitan antara satu sama lain. bagi saya setiap perbuatan kita ada hubungan dengan ghashiatullah. kalau kita takutkan Allah, maka secara tidak langsung kita akan taat akan perintah Allah untuk mentaati suami.

jadi bagaimana saudara?

danialle said...

Bagaimana kita boleh cinta kpd manusia? antaranya ialah kerana berlainan jantina. lelaki cenderung utk tertarik kpd wanita dan begitulah sebaliknya. Suka kpd rupa paras yg cantik, bentuk tubuh yg elok dan kelakuan yg baik adalah satu perkara yg normal. kita cenderung utk suka dan tertarik kpd benda2 yg cantik, bersih dan elok. Sbnya kita dpt lihat kesemua benda2 tersebut dgn jelas, dpt digapai, disentuh dan dirasa.

Tetapi cinta kpd Tuhan tdk seperti cinta kpd manusia. Ia satu zat yg tdk dpt di lihat. Kita tahu Dia wujud, tahu segala kebaikan dan sifat kesempurnaannya... tetapi sukar utk kita jatuh cinta kpdnya. Sb kita tak nampak kecantikannya, tak sedar kebaikan dan sifat pemurahNya. Cuba bayangkan jika Tuhan itu dlm bentuk manusia yg baik, cantik, pandai dan sempurna sifat. sudah tentu semua org akan jatuh cinta kpdNya. Tetapi perkara tersebut tdk berlaku krn Dia tdk menjelma dlm bentuk yg kita dpt lihat.

Jika seorg manusia berjanji utk memberi sesuatu (wang ringgit/harta) yg bernilai 27 kali ganda setiap kali kita solat berjemaah, sudah tentu akan penuh masjid dan surau. Tetapi janji Tuhan utk mberi pahala pd gandaan yg sama tdk pula kita endahkan. Sama juga dlm mslh takut. manusia mungkin takut utk berbuat jahat di hadapan ibu bapanya. Tetapi tak pula berasa takut kpd Tuhan utk berbuat jahat bila bersendirian. itu yg sy maksudkan dgn dimensi yg berbeza.

Jika nk di'generalize'kan bhw semua isteri yg ingkar kpd Tuhan maka dia juga akan cenderung ingkar kpd suaminya, maka tdk wujudlah rumahtangga non muslim yg bahagia, derhakalah semua non muslim kpd ibu bapa mereka; sb mereka itu terlebih dulu telah derhaka kpd Pencipta mereka.

Kata2 saudari itu tdk ada salahnya. Cuma keterkaitannya tdk begitu sesuai utk di stresskan kpd pembaca dlm blog ini. Apa yg saudari tulis itu adalah suatu perkara yg hakiki dan tdk kelihatan pd pandangan mata dan sukar dihayati oleh org2 awam yg sy rs menjadi golongan terbesar membaca blog ini. Kadang2 kita terpaksa kurangkan bercakap ttg hal2 yg hakiki dan sempurna, supaya dgn itu kita jadi lbh dekat dgn mad’u dan realiti kehidupan.

btw, saudari berhak utk tdk bersetuju :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
danialle said...

sape2 yg kenal aku tu plz la jgn mention nama aku dlm blog ni.huhu..

Anonymous said...

"Some habits die hard.."
(McLaine, Die Hard 4.0)


Perlu diambil kira juga, adakah yang berkata ("lawa ah awek tu") itu benar-benar bermaksud sedemikian atau adakah sekadar di mulut sahaja tanpa ada niat atau tindakan susulan apa-apa pun.

Perlu diambil kira juga, adakah bermakna apabila berkata sedemikian bermakna dia sememangnya curang ataupun kesetiaannya masih ada pada isterinya.

Kecantikan itu subjektif. Lain orang, lain citarasanya, maka lainlah definisi kecantikan pada dirinya. Mungkin sesetengah orang mendefinisikan Siti Nurhaliza itu cantik. Tetapi pada sesetengah orang pula, dia tidaklah secantik mana.

Perlu diambil kira juga, setiap manusia itu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Itu satu kenyataan yang tidak dapat disanggah. Isteri/suami mungkin cantik pada satu-satu sudut, tetapi pada sudut kecantikan yang lain, ada orang lain yang lebih hebat. Jadi, adakah salah jika melahirkan rasa kekaguman terhadap sesuatu yang dirasakan indah pada pandangan sendiri?

Pada pandangan saya, yang penting bukanlah pada apa perasaan dan apakah ayat yang keluar dari mulut orang yang nampak kecantikan tersebut. Tetapi yang penting adalah pada apakah tindakan susulannya, dan bagaimanakah endingnya selepas itu.

Bukankah itu konsep kehidupan? Bagaimana situasi lahirnya seseorang itu tidak penting. Yang penting ialah bagaimana situasi yang dipilih untuk pengakhiran hayatnya.

"Dan yang akhir itu pastinya lebih baik daripada yang permulaan.."

Bukankah sepatutnya begitu?

Sekadar pandangan..

danialle said...

Curang ke tak itu mslh diorang. Sy cuma membicarakan ttg perasaan pasangan mereka jika perkara sbenar diketahui.

Lagipun sejauh manapun kita melontarkan pandangan (mata dan idea), sebagai muslim kita tak lepas dari hukum-hakam agama. Tak semua yg cantik itu halal di lihat.

Anonymous said...

ya saya setuju dengan penulis.ramai orang yang tulis guna akal saja.hukum hakam langsung tak ambil kira.patutnya kita sebagai orang yang mengaku sebagai agama islam mesti berpaksi pada kitab dan sunah.

Anonymous said...

Terpulanglah kepada individu..
Tetapi setakat apa yang saya faham dalam artikel yang ditulis, penulis terlalu menyempitkan istilah 'kecantikan fizikal' hanya pada struktur tubuh badan dan wajah sahaja sedangkan skop 'kecantikan' itu luas.

Pakaian, kebersihan dan kekemasan juga menyumbang ke arah kecantikan fizikal. Tidak semestinya hanya pakaian yang terdedah sana-sini sahaja yang menyebabkan 'lelaki normal' melihatnya sebagai cantik. Eisya atau Wardina (misalnya) yang memakai jubah dan bertudung pun cantik. Ada orang yang tubuh dan wajahnya takdelah secantik mana, tetapi pakaian, kebersihan dan kekemasan itu sendiri yang menyerlahkan lagi keterampilan diri dan kecantikannya.

Pada pandangan saya, berkenaan apa perasaan pasangan mereka, itu juga subjektif, bergantung kepada bagaimana tindakan susulan dan endingnya. Jika ia menyebabkan perpecahan rumah tangga, elakkanlah. Tetapi jika ia adalah satu cara untuk mengenali citarasa pasangan itu sendiri, maka gunakanlah ia untuk improve diri supaya menepati citarasa tersebut.

Dengan kata lainnya, semua itu subjektif. Bukan SEMUA orang yang sebegitu akan terus ke arah negatif. Bukan SEMUA orang yang sebegitu akan curang. Bukan SEMUA orang yang berkelakuan sebegitu menyakitkan hati pasangan masing-masing walaupun sudah tahu perkara sebenar.

Bukankah manusia itu bermacam-macam ragam?

Sekadar pandangan..

Anonymous said...

aku nasihatkan kau orang jangan layan sangat si genjo ni. kalau korang bace blog genjo barulah korang tau sape dia tu yg sbenarnya. blog dia tu merosakkan orang lain ada la. sibuk pulak nak kritik kat blog orang lain.hahaha

Anonymous said...

Kepada sdr Degawan:
Terpulanglah kepada you.. Seorang tua pernah berpesan kepada saya:

"Small mind talks about people, big mind talks about event, wise mind talks about ideas.."

Saya pun tak pasti you sebenarnya nak talk about apa. People? Event? atau adakah Idea? Tapi nampak gaya macam lebih kepada mengenai people (saya). Thus, I wonder, what type of mind it would be eh? Hmm.. Intriguing..

Sekadar pandangan..
:)

Anonymous said...

invited readers only? why not you open your blog for others. malu kaa? dulu open to all je. lets all see your writing la. small minded btol la.hahaha

Anonymous said...

To degawan:
The question is, "which blog?"
I have many blogs.

To others:
Ya, tuan-tuan dan puan-puan.. Nampaknya kita sudah nampak contoh di depan mata, berkenaan SIFAT (bukan ORANG) yang cepat sangat jump to conclusion tanpa nak mengkaji dan meneliti sesuatu perkara dengan mendalam. Semoga perkara ini menjadi iktibar untuk kita semua untuk tidak diikuti.. Amin..

Kesimpulannya, kita hendaklah tengok APA yang dikata, bkan SIAPA yang berkata..

Tak gittew~?
:)

Anonymous said...

assalamualaikum.
kalau takda kepentingan sangat bercakap baik diam saja la.
dari dulu lagiaku tengok komen-komen genjo ni macam susah nk paham. sama ada aku ni tk mahir bm atau memang cara writing dia tu yg lain. sekadar komen. aku taknak campur hal lain. artical asal tu dah bagus. part komen ni tak penting sgt pun. degawan plak jangan lak keruhkan keadaan.

danialle said...

To genjo:

Owh, rupanya saudara genjo pun ada blog juga. Ini sgt menarik. Kenapa tdk letakkan linknya sekali.

Sebenarnya sy tdk sempitkan kecantikan fizikal pd struktur tubuh badan dan wajah, tetapi saya fokuskan penulisan sy ke arah itu. Secara halusnya itu adalah isu aurat. Sb isu itulah yg kita perlu perbaiki. Tak guna utk sy persoalkan ttg kecantikan dari segi kebersihan dan kekemasan pakaian. Itu bknnya main problem.

Lagi satu, sy perhatikan saudara genjo ni seorg yg terlalu teliti. Seolah2 mengharapkan sesuatu punulisan itu perfect dan menyentuh segala aspek dan sisi. Sy bkn penulis buku, sy menulis artikel. Artikel di baca utk diambil manfaat dan buah pandangan secara umum. Ia berbeza dgn buku atau journal.

To degawan:

Sini bkn tmptnya utk ......
Plz behave urself.

Anonymous said...

Sekarang baru saya faham..

Jika sdr sedang fokus pada isu aurat, itu memang saya setujulah dengan keseluruhan entry tersebut. Jadi, bertepatanlah dengan fokus terhadap 'kecantikan fizikal' sebagaimana yang sdr telah tulis.

Saya sangkakan sdr menyampaikan bab 'kecantikan' itu pada sudut yang umum, maka saya pun menganggaplah 'kecantikan fizikal' yang dimaksudkan itu juga pada sudut yang umum.

Terima kasih kerana memperbetulkan fokus saya untuk melihat sebagaimana yang sdr lihat.. Maka barulah saya faham apa yang disampaikan oleh sdr..

:)

Anonymous said...

isteri itu satu anugerah, bukannya hak milik.
jgnlah persia-siakan isteri anda :)