Sunday, May 13, 2007
Thursday, May 10, 2007
Permudahkan Urusan Solat: Episode II
Gambar di bawah adalah kesinambungan drp post yg lpas;
http://danialle.blogspot.com/2007/04/permudahkan-urusan-solat.html
You know what i'm saying? :p
Posted by danialle at 10:48 PM 11 comments
Friday, May 04, 2007
TAHU VS FAHAM
Yang dikatakan dakwah itu bukan sekadar menyampaikan dan mnyebarkan maklumat islam kpd org lain. Tetapi yg lebih patut diberi penekanan ialah dari sudut memastikan topik dakwah ataupun maklumat islam itu difahami dgn mendalam oleh mad’u (golongan sasaran). Kita tdk mahu hasil drp apa yg kita terangkan, mad’u sekadar mendengar, berfikir sedikit dan kemudiannya membuat keputusan sama ada utk bersetuju atau menolak pandangan itu. Jika mad’u itu diibaratkan sbg tetamu, kita tdk mahu mereka sekadar dtg menjenguk di pintu rumah, tetapi lebih drp itu kita mengharapkan mereka memasuki ruang tamu dan menyelongkar ke dalam setiap ruang bilik dan dapur. Supaya nanti mereka sedar serta menghayati kecantikan dan kebersihan rumah itu; bukan sekadar menilainya dari dinding luar yg sudahpun pudar catnya. Hal sebegini perlu dipasakkan dgn kefahaman, bkn hanya seruan dan ajakan semata.
Posted by danialle at 11:43 PM 9 comments
Wednesday, May 02, 2007
Bertindak Secara Sedar dan Faham
Selain kebiasaan melakukannya, kemalasan utk mgkaji dan meneliti juga menjadi sebab kpd kita melakukan sesuatu ibadat secara di bawah sedar. Kita selesa utk berbuat dgn apa yg kita terima sejak kecil. Dan tdk pernah terlintas bhw cara yg kita buat itu kurang tepat dgn cara yg sebenar. Lebih
Dalam kebanyakan hal, kita tdk tahu sgt pun ttg apa yg kita perbuat; adakah ia termasuk dlm khilaf, adakah ia benar2 tulen atau adakah ia mempunyai sandaran yg kuat. Byknya kita sekadar mengikut (taqlid buta) tanpa langsung mahu meneliti dan mengkaji utk mengetahui apa sebab atau punca sebenar kita berbuat begitu. Itu satu kelemahan kita yg patut diperbaiki.
Berbalik kpd topik asal. Sikap sebegini (hanya menerima tanpa mahu mengkaji) boleh menjuruskan seseorang kpd pemikiran bawah sedar, terutama apb ia menjadikan perbuatannya (amalan/ibadat) itu sbg satu kebiasaan.
Antara contoh yg ketara ialah ketika berdoa slpas solat. Kbanyakan makmun hanya tahu mgaminkan doa imam, wlaupun mereka sendiri tdk faham content doa berbahasa Arab yg dibaca oleh imam itu. Majoritinya hanya akan menyambut bacaan doa imam dgn ucapan “amin ya Allah” (kabulkanlah ya Allah). Sedang dia sendiri tdk pasti apa sebenarnya yg dia ’amin’kan itu. Kalau boleh dibuat contoh begini;
‘‘Ya, mmg sy tdk tahu isi surat itu. Yg saya tahu ialah saya mahu apa yg isi surat itu sebutkan”.
Pelik bukan. Begitulah kebanyakannya drp kita. Hanya tahu meng’amin’
Ramai juga org yg beristighfar slpas solat dgn menyebut kalimah astaghfirullahal’azim. Tetapi yg diketahui melalui hadis ialah nabi saw mengajar kita menyebut ‘astaghfirullah’ sebanyak 3x (tanpa ditambah dgn al’azim atau tambahan lain) sebagai zikir slpas memberi salam. Saya bawa perkara sebegini bukan utk menyatakan mana betul dan mana salah. Tapi lebih kpd menyatakan mana yg lbh sempurna mengikut ajaran nabi saw.
Sebenarnya banyak kelebihan, keistimewaan dan jaminan yg nabi saw beri kpd kita melalui bacaan2 tertentu yg terkandung di dlm mathurat itu. Berapa ramai yg tahu perkara2 sebegini? Adakah merasa cukup sekadar membaca mathurat sehingga habis?. Tahukah kita bacaan mana yg dpt memberi perlindungan drp terkena mudarat/musibah secara mengejut? Bacaan mana yg sesuai dibaca utk keluar drp rumah dan utk memulakan perjalanan? Bacaan mana yg apb dibaca dpt mencukupkan kita drp segala2nya? Bacaan mana yg sesuai dibaca apb tiba disuatu tmpat yg baru/asing? dan jgn terkejut jika ada juga bacaan yg berstatus lemah.
Apabila kita tahu kelebihan dan keistimewaan sebegini, maka kita akan beramal dengan faham dan dengan kehendak sendiri. Bukannya sekadar join halaqah yg dibuat. Bila tiada halaqah, maka rasa malas pun timbul. Sebab apa? Sebab amalan itu tdk sepenuhnya dtg dari pengaruh iman, tetapi ia dtg dari pengaruh suasana dan rakan2. Itulah hasil jika kita sekadar mengikut, tanpa mahu meneliti lbh jauh.
Bila kita mengkaji, kita akan dapati ada beberapa perkara yg tiada asalnya dlm ajaran islam, tetapi kita sudah lama dan terbiasa mengamalkannya. Contohnya kita disuruh membaca selawat apb nk makan ubat atau pun berselawat apb lupa sesuatu (dgn harapan bacaan selawat itu membantu kita ingat kembali perkara yg kita lupa). Sebenarnya nabi saw mengajar kita membaca bismillah apb hendak makan (ubat atau apa2 makanan pun) dan quran menyatakan “Sebutlah nama Tuhanmu jika engkau lupa”, bukannya berselawat.
Kesimpulannya, bertindak dan beramallah dengan sedar dan faham. Jangan sekadar mengikut org dan jangan biarkan kelaziman melakukan sesuatu menghanyutkan kita ke dimensi separa sedar.
Posted by danialle at 1:07 PM 6 comments