Tuesday, March 13, 2007

Kesilapan kelima: Cenderung menyulitkan inti ajaran Islam

"Wahai manusia, kamu seringkali menjauhkan orang-orang dari beragama, barangsiapa solat bersama orang ramai maka ringankanlah, sebab di antara mereka ada yang sakit, lemah, dan mempunyai keperluan lain." (HR Bukhari)

Segelintir drp kita cenderung utk memayah2kan sesuatu isu dan persoalan dakwah. Mungkin dgn anggapan perbuatan tersebut akan meletakkannya dalam kelas yg tersendiri dlm medan dakwah. Apb berbicara ttg hukum, ada yg cenderung uk menyulitkan; dgn alasan kita adalah umat yg terbaik maka mestilah beramal, berpakaian dan bermuamalat dgn cara yg terbaik. Sedang dia lupa manusia diciptakan dgn pelbagai jenis perangai dan kelakuan. Semua berada pada tingkatan iman dan tahap kefahaman yg berbeza. Sikap memberat2kan dan menyulitkan ini tdk lebih drp hanya menjauhkan manusia drp agama.

Kata Dr Yusuf al Qaradhawi: “Tinggalkan sikap memberat-beratkan dan berlebih-lebihan dlm beragama. Usahakanlah tetap berada pada posisi tengah (sederhana) dan membuat kemudahan (keringanan), khususnya terhadap masyarakat umum yg hanya mampu menjalankan agama sebatas kemampuan orang awam shj kerana mereka berbeza dgn kalangan khusus (ahli wara' dan takwa). Memang dianjurkan agar seseorang mengambil suatu masalah dgn sgt berhati-hati dan teliti. Akan tetapi, terus menerus bersikap ketat dan meninggalkan keringanan akan membuat agama ini dikenal sebagai ‘kumpulan hal-hal payah yang menuntut ketelitian’ dan yang menonjol adalah aspek-aspek yang berat dan sulit. Padahal Allah menghendaki kemudahan dan keluasan terhadap hamba-hamba-Nya..”

"Jika salah seorang di antara kamu melakukan solat berjamaah, maka pendekkanlah, sebab di antara mereka ada yang lemah, sakit, dan lanjut usia. Bila salah seorang di antara kamu melakukan solat sendirian, maka panjangkanlah sekehendaknya." (HR Bukhari)

Hadis ini membawa maksud sesiapa yg ingin berkeras dan bertegas, maka cukuplah hanya dilaksanakan ke atas dirinya shj. Apb berbicara dgn org ramai, pilihlah yg sederhana dan permudahkanlah. Para fuqaha juga telah menetapkan suatu kaedah ‘Kesulitan menarik kemudahan, yakni suatu perkara apb sempit maka harus diperluas, dan byknya kesulitan mengharuskan adanya keringanan’.

“Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab kepada seseorang melainkan dengan kadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

Wallahu’alam.

Kesilapan keempat: Menjadikan perdebatan melebihi amal

Inilah masalah terbesar kita. Kita banyak bercakap, sedang kita kurang melakukan tindakan. Ramai yg mampu mengkritik tetapi sedikit yg mampu membetulkannya. Banyak org yg mengutuk kegelapan sedang sedikit yg menyalakan lilin. Keluarlah dari lingkungan org yg sekadar bercakap-cakap, masukilah medan kerja dan amal.

Contohilah Imam Hassan al-Banna. Al-Banna bukan sekadar bercakap, tetapi beliau bergerak dan berdakwah dgn bersungguh-sungguh. Beliau pada peringkat awal, berdakwah di kedai kopi. Beliau mengunjungi kedai2 kopi dan bergaul dgn masyarakat di situ. Bercakap ttg keindahan Islam, generasi Islam yg agung dan topik2 yg tdk pernah dibualkan masyarakat. Pada mulanya orang ramai menganggapnya gila. Tetapi ada juga org mendengar dan cuba memahami apa yg beliau ucapkan. Berkat keihklasan dan kesabaran, dakwahnya mula diterima sedikit demi sedikit oleh org ramai. Hasilnya, yang daripada kedai kopi itulah, akhirnya menjadi pendokong gerakan al-Ikhwanul Muslimin.