Permudahkan Urusan Solat
Pernah suatu ketika dua org kawan perempuan bertandang ke rumah. Berbual-bual, makan-makan. Mereka membawa bersama buah tangan berupa beberapa beg plastik berisi makanan. Lama tdk terserempak dgn situasi sebegitu; tetamu dtg sambil membawa buah tangan utk diberi kpd tuan rumah. Jarang sgt melihat amalan itu dipraktikkan, kalau kelihatan pun time kenduri shj. Sehinggakan kadang2 sy terlupa ttg kewujudan amalan tersebut. Dulu semasa masih di sekolah rendah, kerap juga melihat budaya sebegitu diamalkan. Terutama apb kawan2 ayah yg berbangsa cina dtg ke rumah.
Disebabkan rumah mereka agak jauh, dua orang kawan sy itu tumpang solat maghrib terlebih dahulu. Bilik di tingkat atas disediakan utk mereka menunaikan kefardhuan. Agak lama mereka di atas. Sy dan ibu menunggu dibawah, bersedia utk mghantar mereka pulang ke rumah. Tak elok la kalau anak dara lewat pulang, nanti apa kata jiran2, risau pulak mak ayah di rumah.
Ibu sy semacam menyindir (secara bergurau) apb mereka turun ke bawah. “Ishkk…lamanya berzikir”. Heh. Kedua2nya hanya mampu tersengih. Termasuklah sy.
Selang beberapa waktu, sy bertanya kpd salah seorang drp mereka, “Apa yg lama sgt buat kat atas tu?”. Balasnya, “Kain telekung ada satu je, kami bergilir-gilir”. Sy agak terkesima dgn jwpnya. Dari apa yg sy lihat, mereka sudah pun berpakaian menutup aurat dgn sempurna. Sorang berbaju kurung, bertudung dan berstoking tgn. Sorang lg berjubah dan bertudung labuh. Kedua2nya memakai stoking kaki. Agak pelik apb mereka masih lg memerlukan kain telekung apb bersolat. Sedang tdk nmpak yg kurang pd pakaian mereka.
Setahu sy hanya
"Wahai bani Adam, pakailah pakaian kamu yg indah setiap kali kamu ke tempat ibadah (untuk mengerjakan solat)...." -al-A'raf:31-
Cuma mungkin perlu diambil perhatian pd bhgn kaki, terutamanya apb diregangkan. Stoking tebal (sport sock) mungkin boleh menyelesaikan mslh itu. Apa2 pun sy tetap bersangka baik dgn mereka. Kemungkinan pakaian mereka tdk cukup bersih utk dibawa bersolat. Hmm...kalau boleh jgn lah sampai menyusahkan diri sendiri dlm mengamalkan islam, semata2 utk mengekalkan tradisi melayu.
p/s: Antara mempermudahkan dan memudah-mudahkan…beza tu =)
