Tuesday, September 19, 2006

Cara Memotong Kuku

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya:

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied: "Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. ..."

Dr. Abdul Wahab pula berkata: "Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa."

Wallahu a'lam

Menanam Pokok Di Atas Kubur: benarkah dapat meringankan seksa kubur?

Hadis Nabi saw,

Maksudnya : “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur.Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

al-Syeikh Abdul Rahman al-Sahim menyebut bahawasanya perbuatan memacakkan pelepah tamar dalam hadith di atas kepada dua kubur ini adalah perkara khusus yang dilakukan oleh Nabi saw kepada dua kubur itu, kerana perkara ini adalah perkara ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapapun. - tamat -

Nabi saw memacakkan dua pelepah tamar hanya pada dua kubur tersebut. Baginda tidak memacakkan pada kubur yang lain. Ini sebagai bukti yang jelas bahawasanya perbuatan Nabi saw adalah khusus untuk dua kubur itu sahaja tidak yang lainnya.

Maka kepercayaan menanam pokok di atas kubur dapat meringankan azab kubur adalah tidak tepat disebabkan perbuatan Nabi saw tersebut adalah khusus. Bukan untuk semua kubur. Wallahu a'lam.